Satu Gelap
Kebelakangan ini, ana berhasrat untuk menceburi bidang web programming. Apa bila muncul idea programming ana akan teringat Cik Amalina iaitu pensyarah ana tika ana semesta 1 dalam subjek Metodologi Pemprogramman.
Dia mengajar penuh bersemangat. Ana selesa dengan pensyarah yang garang ala kadar macam dia. Bila dia marah tuh, ana rasa lebih bersemangat untuk berusaha. Ana pon tak tau kenapa. Dengan pensayarah lain tak sama, dengan dia lain. Dulu di kelas, dia selalu mengesyorkan pelajar keluar kehadapan untuk melakukan sedikit cabaran yang dia lontarkan. Ana dselalu keluar. Ini kerana ketika itu ana amat serious dalam bidang multimedia nih. Ana betul-betul nak jadi hebat. Lagi pon kawan-kawan lain tak nak keluar. Apabila ana dapat idea selepas dia mengajar, ana balik ke asrama dan cuba mereka satu produk. Ana berjaya mereka satu sistem mengira CGPA dan CPA. Tetapi terdapat beberapa kerosakan di situ. Ana terus berjumpa dengan dia dan bertanya. Dia cuba menlayan ana. Huh. Di situ ana mula rasa kasih dan sayang dia. Terima Kasih Cik Amalina kerana memberi semangat. Semoga murah rezeki. Panjang mur, Di lindungi Allah selalu. Semoga dapat jodoh yang sesuai.
Semoga Allah merahmati CIk Amalina.
*



NLOGP9 fonuxmcemriz, [url=http://bojiusizjbkl.com/]bojiusizjbkl[/url], [link=http://okmfxbyeydbm.com/]okmfxbyeydbm[/link], http://zpjfonuzfluv.com/