Rejab

16 Julai 2008 7:30 mlm, ana tiba ke MATRI.  Alhamdulillah selepas maghribnya ana dengar tazkirah dari Ust.Muhtad. Tentang Rejab tapi ana nih style suka menjadikan satu kesimpulan. Oleh itu ana nak kongsi skit. Skit jee.k

Kesimpulan pertama,

Rasullullah banyak berpuasa pada bulan Ramadhan seterusnya Sya’ban dan akhir Rejab. Selain bulan Ramadhan, bulan yang paling banyak Rasullullah berpuasa adalah Sya’ban. Manakala para sahabat baginda sibuk membuat persiapan untuk menyambut Ramadhan setiap tahun bermula dari bulan Rejab.

Oleh itu, kita perlu menjadikan bulan Rejab sebagai bulan untuk kita memulakan proses persiapan untuk menyambut Ramadhan dengan latihan Qiamullail dan Sya’ban pula untuk latihan Puasa.

Para sahabat banyak berdoa:

maksudnya:”Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”

Kisah seorang pelajar ber Qiamullail:

Ada seorang pelajar nih dia berusaha bersungguh2 untuk bangun 1/3 malam. Dia ikut langkah-langkah yang telah diajar oleh ustaznya, tetapi tetap tidak dapat melakukan Qiamullail. Dia sering bangun lewat. Dia menangis kerana merasakan Allah tidak mengizinkannya. Dia berusaha sehinggakan membuang tilamnya di katil dan tidur diatas papan lapik yang terdapat di bawah tilam nya itu. Akhirnya, dia dapat satu kelebihan yang menakjubkan iaitu dia tetap dapat bangun tepat pada pukul 3 walaupon dia tido lewat.

Masya-Allah.

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk Qiamullail. Berusahalah untuk solat sunnat.

Advertisements

~ oleh sanzzanki di Julai 17, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: