Paling teruk dalam kelas

ana bersama kawan-kawan di perpustakaan

ana bersama kawan-kawan di perpustakaan

Semenjak semsta 2 lagi ana dah rasa sangat bersalah. Ana merasakan ana ini adalah pelajar Cik Sha yang paling teruk. Ana memang tak fokus dalam kelas dia. Ana fokus juga, tetapi entah tak tahu kenapa. Mungkin perlu  lebih fokus.

Hari ini Ahad persamaan 3 Ogos 2008, dikatakan ada kelas Cik Sha, English Professional. Setiba ana dikolej, ada berlaku kekacauan jadual. Kelasnya pada jam 2.30 petang pula. Satu pagi hari ini. Ana tak de kelas.

Selepas solat Zohor, ana terlalu ngantuk dan ana membuat keputusan untuk tidur sebentar. Masalahnya, ana bangun pukul 3.30 petang.  Waktu itu, kelas bersama Cik Sha baru sahaja habis. Ana dimaklumkan supaya berjumpa Cik Sha.  Dengan penuh rasa bersalah, ana mencari Cik Sha untuk dijumpa. Ana cari di pejabat iaitu mejanya. Dia tidak ada. Ana tunggu pon tak de. Ana tanya-tanya kawan. Rupanya dia ada kelas pukul 3.30 petang. Ana pergi tengok dia ada. Sebelum itu, ana memang yakin dia belum balik. Kerana dia punya kereta masih ada. Ana tunggu dia sambil mengisi lagu-lagu dalam pemain MP3 dari laptop ana. Pada masa ana melakukan kerja itu, dia lalu dihadapan ana. Ana cepat-cepat kemas laptop ana. Selepas itu, ana cari di kawasan arah dia berjalan sebentar tadi. Dia tiada. Ana cari dimejanya. Dia tiada. Ana jalan-jalan terlihat seorang perempuan dewasa yang warna baju seakan-akan dia, sebab orang tersebut mengahadap kebelakang. menujuke bilik kewangan. Ana rasa yakin yang perempuan dewasa itu adalah dia, tetapi mungkin dia ada kerja. Ana biarkan dan tunggu di kawasan rehat dihadapan bilik itu agar ana dapat berjumpa dengannya dalam masa terdekat. Ana tunggu dia sampai azan waktu Asar berkumandang. Ana pergi solat dahulu. Selepas habis solat, ana membuat keputusan untuk terus pulang. Oleh kerana ana tahu dia belum balik. Ana rasa perlu jumpa dia. Ana pergi ke mejanya.

Pada waktu ini, adalah waktu yang ana sedar bahawa ana adalah pelajar yang paling teruk dalam kelasnya. Ini kerana sewaktu ana menuju ke mejanya. Dia seakan-akan cuba menyorok dari berjumpa dengan ana. “aku tak leh tengok muka dia, aku nak nyorok jeee”. Sedih. Seribu kali sedih. Ya Allah ampunkan dosa ku. Ana rasa, Ana sudah cuba yang terbaik. Mung yang terbaik ana adalah yang terteruk. Mays-Allah. Ana perlu menjaga hati guru yang mengajarku. tetapi………dia ada kata “sebenarnya siapa yang tak masuk kelas saya tadi, kene masuk kelas bersama Medem Sharmin”.

selepas berjumpa dia ana terus menangis…..ana rasaaa…baik ana masuk kelas Medem Sharmin sekiranya dia tak selesa dengan ana. Sebab, juga rasa kurang selesa semenjak semesta 2.

Advertisements

~ oleh sanzzanki di Ogos 3, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: