Perang Tabuk

Bulan Rejab Tahun Kesembilan Hijrah

Peperangan membuka kota Makkah merupakan peperangan yang menentukan di antara al-Haq dan al-Batil, kebenaran dan kepalsuan, hingga dengannya tiada ruang lagi untuk kesangsian dan keraguan tentang kebenaran risalah yang dibawa oleh Muhammad (s.a.w) di kalangan orang-orang Arab. Arus peristiwa berubah sama sekali, kini orang ramai memasuki agama Allah berduyun-duyun, hal ini dapat dijelaskan semasa pembicaraan dalam tajuk “Perwakilan” nanti dan juga bilangan peserta di dalam Hajjah al-Wada’.

Dengannya selesai sudah bebanan dalam semenanjung Arab dan kaum muslimin boleh berehat sedikit sementara menunggu tugas lain, iaitu mengajar orang ramai syariat-syariat Islam dan kerja menyebar luas dakwah.

PENCETUS PEPERANGAN

Walau pun penyebaran dakwah Islam dapat berjalan dengan licin, namun satu lagi kuasa iaitu Rom, yang dianggap sebesar-besar kuasa ketenteraan pernah muncul di muka bumi ketika itu, di mana permulaan tentangan mereka ialah pembunuhan yang mereka lakukan ke atas duta Rasulullah (s.a.w) al-Harith bin Amir al-Uzdi oleh Syurahbil bin Amru al-Ghassani. Trajedi tersebut berlaku semasa beliau membawa risalah Rasulullah (s.a.w) untuk diserahkan kepada penguasa Basra. Sebagai tindakan pengajaran Rasulullah menghantar satu sariyah yang dipimpin oleh Zaid bin Harithah, di mana beriakunya satu pertempuran yang sengit di tempat bernama Mu’tah, tetapi sariyah ini tidak dapat menuntut bela terhadap penjenayah yang angkuh itu. Walau bagaimana pun ianya memberi kesan yang mendalam di jiwa bangsa Arab di sekitarnya mahu pun yang jauh.

Kaisar Rom tidak akan membiarkan peperangan Mu’tah yang memberi kesan mendalam itu begitu sahaja atau tidak menghirau tendensi qabilah-qabilah Arab yang ingin merdeka dari kekuasaan Rom di samping kemungkinan berlaku kerjasama di antara qabilah-qabilah ini dengan kaum muslimin. Kesemuanya ini menjadi satu ancaman yang besar terhadap Rom yang bersempadan dengan kuasa Islam. Mungkin di suatu ketika akan mengorak ke sempadan Rom selangkah demi selangkah, menggugat kestabilan di perbatasan negeri Syam yang bersempadan dengan Wilayah-Wilayah Arab. Oleh itu pihak Rom merasakan usaha melemahkan kekuatan Islam adalah satu tanggungjawab, sebelum kuasa Islam menjadi besar, kelak tidak terdaya untuk menghapusnya, dan sebelum kuasa Islam mencabar atau menimbulkan kekacauan dan pemberontakan di daerah Arab yang berhampiran Rom.

Memandangkan kepada kemuslihatan ini, maka tidak sampai setahun selepas peperangan Mu’tah, Kaisar Rom pun mempersiapkan satu angkatan bala tentera yang terdiri dari bangsa Rom dan Arab yang turut dibawah pemerintahannya, seperti suku Ghassan dan lain-lain untuk membuat serangan habis-habisan dalam satu peperangan yang berdarah.

INFOMASI UMUM MENGENAI PERSIAPAN ROM DAN GHASSAN

Bertali arus berita sampai ke Madinah mengenai persiapan Rom untuk membuat satu peperangan habis-habisan ke atas orang-orang Islam. Perasaan takut sentiasa menyelubungi kaum muslimin, terdengar sahaja suara ganjil maka disangkanya bunyi tapak kaki kuda tentera Rom, keadaan ini dapat dipastikan dari apa yang diceritakan oleh Umar Ibni al-Khattab mengenai keadaan di mana Rasulullah (s.a.w) menjauhkan diri dari isteri-isterinya selama sebulan dalam tahun kesembilan (9) Hijrah. Rasulullah tinggalkan mereka dan tidak minum dengan mereka. Pada mulanya para sahabat tidak menyedari halnya, kerana menyangka Baginda menceraikan mereka semua sehingga seluruh kaum muslimin berdukacita dan gusar. Umar Ibni al-Khattab mencerita kisah ini: “Aku mempunyai seorang sahabat dari kalangan orang-orang Ansar. Sekiranya ku tidak dapat menghadiri majlis Rasulullah beliau bertanggungjawab membuat perkhabaran dan menyampaikan beritanya, dan kalau beliau tidak hadir aku pula melaporkan perkembangan semasa kepadanya. Mereka berdua ini tinggal dibahagian atas di Madinah, mereka bergilir-gilir menghadiri majlis Rasulullah (s.a.w). Kami semua curiga dengan salah seorang raja Ghassan. Telah dimaklumkan kepada kami bahawa beliau ini berhasrat untuk menyerang kami. Dada kami sentiasa berdebar-debar, tiba-tiba di suatu hari saudaraku al-Ansar itu mengetuk pintu, dengan seruannya: Ayuh buka! Ayuh buka. Terus ku bertanya, apakah orang-orang Ghassan menyerang? Jawab beliau; Tidak! tetapi lebih parah lagi dari itu! Rasulullah telah mengasingkan diri dari isteri-isterinya” – al-Hadith.

Di dalam satu lafaz yang lain menyebut seperti berikut: “Sebelum ini kami sudah bercakap-cakap di mana orang-orang Ghassan telahpun memakai kasut-kasut mereka sebagai persiapan untuk menyerang kita, sahabat ku itu telah keluar dari rumahnya di hari gilirannya dan beliau pulang di waktu Isya’, sampai di hadapan rumah^u beliau mengetuk pintu sekuat-kuatnya sambil bertanya: Awak tidurkah? Aku terkejut, dan terus keluar. Beliau berkata: Satu peristiwa besar berlaku. Tanyaku, Apa dia? Apakah golongan Ghassan telah melanggar? Kata beliau: Tidak! lanya lebih teruk dan lebih panjang lagi ceritanya. Rasulullah telah menceraikan semua isterinya”. – al-Hadith.

Cerita ini mengambarkan kedahsyatan suasana yang sedang dihadapi oleh umat Islam, berhadapan dengan Rom, keadaan bertambah kritis lagi bila golongan munafiqin menghebohkan berita tentang persiapan Rom untuk melanggar al-Madinah, meskipun gol0ngan munafiqin ini telah menyaksi kejayaan demi kejayaan FJasulullah di segenap lapangan. Tiada kuasa di bumi ini yang menggerunkan Rasulullah, malah tiap yang menghalang Baginda semuanya tewas berderai. Meskipun demikian mereka terus menaruh harapan akan termakbul apa yang mereka idam-idamkan itu, sehingga di suatu hari pada niat mereka Islam akan musnah bersama penganutnya.

Berdasarkan pandangan mereka di mana hari yang mereka nanti-nanti ftu hampir tiba, lantas mereka pelupori membina sebuah sarang dan markas konspirasi berlabel masjid, dalam sejarah dikenali sebagai “Masjid al-Dhirar” bermotifkan kekufuran dan memecah belah di antara kaum muslimin serta bermatlamat permusuhan terhadap Allah dan RasulNya. Tidak setakat itu sahaja, malah mereka telah mempelawa Rasulullah untuk bersembahyang di situ, kesemuanya ini di dalam perkiraan mereka, iaitu mengelabui mata umat Islam, sehingga kaum muslimin tidak akan menyedari segala perancangan dan pakatan jahat yang dirancang di situ dan tidak akan memerhati siapa yang keluar masuk di masjid itu. Dengan itu ia akan jadi sebuah markas dan sarang yang selamat bagi kaum munafiqin dan kuncu-kuncu mereka dari luar untuk datang ke situ. Walau bagaimana pun Rasulullah menangguhkan untuk bersembahyang di situ lantaran kesibukan Baginda dengan urusan-urusan persiapan hingga kesuatu ketika selepas Baginda pulang dari peperangan Tabuk. Dengan itu Allah (a.w.t) membongkar taktik dan perancangan jahat mereka, masjid itu berakhir dengan tindakan Rasulullah merobohkannya sekembali dari peperangan Tabuk.

IMFORMASI KHUSUS MENGENAI PERSIAPAN ROM DAN GHASSAN

Ini ialah berita dan laporan situasi yang diterima oleh kaum muslimin, orang Islam menerima berita ini dari kaum al-Anbat yang datang ke Madinah dari al-Syam kerana berdagang minyak. Mereka mencerikan bahawa pihak Herkules telah pun mempersiapkan satu angkatan bala tentera yang besar seramai empat puluh ribu orang askar. Pimpinan ketenteraan diserahkan kepada salah seorang pembesar Rom, tokoh ini telah bertugas mengerakkan qabilah Lakham, Jazam dan kelompok-kelompok lain yang menganut agama Nasara untuk turut bersama beliau. Berita kemaraan mereka sudah pun sampai ke daerah al-Balqa’. Beginilah lebih kurang mala petaka yang mengancam kaum muslimin.

SUASANA BAHAYA SEMAKIN MERUNCING

Faktor yang membawa suasana lebih merbahaya ialah masa, kerana ketika ini ialah musim kemarau yang teruk melanda al-Madinah, semua orang mengalami kesusahan Hidup, kawasan tanaman kekeringan air dan binatang tunganggan berkurangan, cuma buah-buahan sahaja yang nampak menjadi dan matang, apa lagi tuannya berasa segan untuk bergerak keluar meninggal dusun, tambahan pula jarak yang jauh dan jalan pun sukar dilalui.

RASULULLAH MENGAMBIL KEPUTUSAN MUKTAMAD UNTUK MARA KE HADAPAN

Sebelum sesuatu tindakan yang diambil terlebih dahulu Rasulullah membuat penelitian yang cermat terhadap suasana dan perkembangan, penuh hikmah dan perhitungan, justeru itu Baginda mendapati, kalaulah ditanggu tikan atau diabaikan serangan terhadap Rom di dalam suasana yang meruncing ini, malah membiarkan pihak Rom mer.yerang al-Madinah hingga tenteranya berani mencerobohi lawasan-kawasan di sekitar bumi al-Madinah, maka ini satu mala petaka yang mengancam dakwah Islam dan populariti tentera Islam. Dan al-jahiliah yang sedang menghembus nafas terakhirnya akan kembali hidup, setelah ianya menerima pukulan maut di Hunain. Manakala kaum munafiqin pula akan mengambil peluang ini untuk membuat hubungan langsung dengan raja Rom, melalui Abu Amir al-Fasiq dan mereka akan menikam kaum muslimin dari belakang, di masa itulah Rom akan menyerang barisan depan umat Islam, ini bererti hancurnya segala usaha, tenaga, pengorbanan dan perjuangan yang diharungi para sahabat selama ini. Strategi-strategi ketenteraan yang mereka perolehi selama ini akan pergi bersama angin yang lalu, sia-sia sahaja tanpa sebarang manfaat.

Rasulullah (s.a.w) menyedari kesemuanya mi, maka untuk itu Rasulullah membuat keputusan untuk mengambil tindakan muktamad ini meskipun umat Islam di masa itu sedang diancam kesusahan dan kepahltan hidup. Keputusan menyerang Rom di tempat mereka adalah bijak dan penuh hikmah, hingga dengan itu pihak Rom tidak akan bemiat untuk menyerang Madinah.

PEMAKLUMAN KEPADA UMAT ISLAM SUPAYA MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MENYERANG ROM

Apabila Rasulullah membuat keputusan muktamad itu, terus Baginda memaklumkan kepada kalian sahabat supaya membuat persiapan untuk berperang. Baginda (s.a.w) juga mengutus perutusan kepada qabilah-qabilah Arab dan penduduk Makkah supaya bersiap siaga dengan pergerahan ini. Biasanya, Rasulullah merahsiakan pergerakan-pergerakan tenteranya, tetapi pada kali ini berlainan pula. Ini kerana Baginda berhadapan dengan suasana yang kritis ditambah pula dengan keadaan cuaca yang buruk melanda Madinah. Untuk itu maka Rasulullah mengisytiharkan penyerangan ke atas Rom. Baginda menjelaskan keadaan sebenar kepada seluruh umat Islam supaya mereka membuat persiapan yang cukup dan perkiraan yang bijak. Rasulullah (s.a.w) menyeru mereka semua kepada al-Jihad, malah al-Quran telah turun dengan sebahagian ayatnya dari surah al-Bara’ah yaang menggesa uamt Islam berperang dan membekalkan mereka dengan semangat al-Jihad. Rasulullah mempelawa mereka supaya berkurban dengan harta benda dan menghulurkan infaq sebanyak yng terdaya untuk jalan Allah ini.

KAUM MUSLIMIN BERLUMBA-LUMBA MENLENGKAPKAN PERSIAPAN PERANG UNTUK MENYERANG

Apabila kaum muslimin mendengar suara seruan Rasulullah mengajak kepada peperangan melawan Rom maka serta merta mereka berlumba-lumba mematuhi perintah Baginda itu. Mereka segera bangun mempersiapkan diri dan tentera Islam secepat mungkin, seluruh qabilah dan kelompok-kelompok Arab berduyun-duyun turut ke Madinah dari segenap pelusuk dan penjuru, tak seorang pun merelakan ianya tersisih dan tertinggal kecuali golongan yang sakit di dalam hatinya dan terkecuali tiga orang, malah hinggakan golongan fakir dan miskin pun datang mengadap Rasulullah meminta supaya mereka pun dapat turut serta untuk melawan Rom, tetapi Rasulullah menjawab: “Aku tidak ada sesuatu yang boleh membawa kamu semua”. Maka mereka beredar dari situ dengan muka berlinangan air mata, berdukacita kerana tidak dapat turut serta dan ketiadaan sesuatu untuk membiayai peperangan”.

“Tidak ada padaku kenderaan yang hendak ku berikan untuk membawa kamu, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih mereka tidak mempunyai sesuatu pun yang hendak mereka belanjakan untuk pergi berjinad pada jalan Allah “.

(al-Taubah: 92)

Di dalam perlumbaan kaum muslim membiayai peperangan, Uthman bin Affan teleh tampil ke hadapan dengan pakej yang tersendiri, satu kafilah unta sebanyak dua ratus ekor sarat dengan muatannya, dua ratus auqiyah makanan diserahkan kepada Rasulullah sebagai sedekah, malah beliau membawa seratus ekor unta yang lain, kemudian beliau membawa seribu dinar yang dicurahnya ke dalam riba Rasulullah (s.a.w). Rasulullah (s.a.w) segera menerimanya sambil bersabda: “Uthman tidak akan binasa selepas ini, lantaran apa yang beliau lakukan itu”. Selepas itu beliau memberi lagi sedekah dan bersedekah lagi, hingga sedekahnya sahaja menjadi sembilan ratus (900) ekor unta dan seratus (100) ekor kuda, selain dari wang.

Adapun Abdul Rahman bin Auf telah membawa dua ratus Auqiyah perak sementara Abu Bakr pula membawa kesemua harta miliknya tanpa meninggal apa-apa pun untuk keluarganya selain daripada Allah. Kesemua sekali hartanya empat ribu dirham dan beliaulah orang pertama sekali yang menyerah hartanya kepada Rasulullah, manakala Umar membawa separuh dari hartanya, al-Abbas membawa banyak sekali dari hartanya, Talhah dan Saad Ibnu Ubbadah dan Muhammad bin Maslamah, semua mereka membawa harta masing-masing. Asim bin ‘Adi membawa sembilan puluh ekor unta yang sarat dengan muatan buah tamar.

Selepas itu datanglah orang beramai-ramai, masing-masing membawa kadar sedekah, ada yang banyak, ada yang sedikit, yang terkurang dari mereka dan ada juga yang membawa seraub atau dua raub buah tamar. Itulah yang termampu bagi mereka. Kaum wanita pula dengan cara mereka yang tersendiri dan unik, ada yang member! kasturi, gelang, subang, cincin, malah ada yang memberi uncang wang.

Tak seorang pun yang bakhil kecuali golongan munafiqin yang mempermainkan golongan yang berbakti di kalangan orang yang beriman dengan sedekah-sedekah mereka, dan terhadap golongan yang tidak berdaya selain dari tenaga usaha mereka, golongan munafiqin memperolok-olokkan golongan ini.

“(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperolehi (untuk disedekahkan)selain sekadar kesanggupdn, maka orang Munafik itu menghina mereka ”

(al-Taubah: 79)

TENTERA ISLAM BERGERAK KE TABUK

Beginilah tentera Islam membuat persiapan untuk memikul beban tanggungjawab al-Madinah. Semasa ketiadaan Rasulullah, Baginda melantik Muhammad bin Maslamah al-Ansari, namun ada setengah ahli sirah mengatakan Siba’ bin ‘Arfatah, manakala Ali bin Abi Talib diberi beban menjaga keluarganya, Baginda memerintah supaya tinggal bersama-sama mereka. Semasa Rasulullah keluar, kaum munafiqin mempersendakan Ali bin Abi Talib, justeru itu beliau segera keluar untuk ikut bersama-sama Rasulullah, namun apabila beliau bertemu dengan Rasulullah, Rasulullah (s.a.w) menolak dan memerintah beliau puiang semula ke Madinah dan bersabda: “Tidakkah kau rela untuk duduk di bawahku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, cuma selepas ku ini, tidak ada nabi”.

Setelah itu Rasulullah terus bergerak ke arah utara menuju Tabuk, oleh kerana angkatan tentera Islam terlalu besar jumlahnya seramai tiga puluh ribu (30,000) orang askar, kiranya belum pernah lagi angka seramai ini bergerak ke medan perang, maka kaum nmslimin tidak dapat menyediakan tunganggan dan makaaan. Justeru itu maka kadar lapan belas (18) orang askar bergilir-gilir menunggang seekor unta malah mereka terpaksa memakan daun-daun kayu yang mengakibatkan bibir mulut mereka bengkak, bukan itu sahaja malahan mereka terpaksa menyembelih beberapa ekor unta tunggangan mereka walaupun bilangannya memang sedikit, mereka berbuat demikian untuk membolehkan mereka minum air di dalam uncang perutnya, maka sebab itulah tentera ini dinama sebagai Jaisy al-‘Usrah (tentera kesusahan).

Tentera Islam bergerak ke Tabuk melalui kawasan al-Hijr perkampungan Thamud, suku kaum yang telah memotong batu-batu bukit, di lembah “Wadi al-Qura”, tentera Islam telah mengambil air di lembah berkenaan, oleh itu Rasulullah telah mengarah supaya dicurah buang airnya, dan jangan ada sesiapa pun meminum atau berwudhu’ dengannya, malah tepung yang diuli dengan airnya dijadikan makanan binatang sahaja, seterusnya Rasulullah membenarkan mereka mengambil air dari telaga yang diberi minum kepada unta nabi Salih sahaja.

Sebuah hadis, muttafaq alaihi, dari kedua-dua kitab sahih, dari Ibn Umar berkata: Ketika Rasulullah melalui kawasan al-Hijr Baginda berpesan dengan sabdanya:

“Jangan sekali-kali kamu memasuki kediaman mereka yang telah melakukan penganiayaan terhadap din mereka, nanti akan terkena ke atas kamu bala yang pernah menimpa mereka, jangan kamu masuk kecuali dalam keadaan kamu menangis, kerana takut awb Allah, dengan itu Rasulullah (s.a.w) menutup kepalanya dan segera keluar dari lembah berkenaan”

Semasa di dalam perjalanan tentera Islam telah mengalami kekurangan bekalan air, lantas mereka mengadu hal ini kepada Rasulullah (s.a.w), maka Baginda pun berdoa memohon dari Allah sesuatu kebaikan, doa Rasulullah telah direstui, di mana Allah menghantar mendung yang sarat dengan bekalan air melintasi kawasan tentera Islam dan tidak berapa lama kemudian hujan yang lebat pun turun mencurah-curah. Dengan itu tentera Islam pun puas dengan hujan, malah masing-masing mengisi uncang air mereka dengan bekalan-bekalan dari langit itu.

Apabila tentera Islam menghampiri kawasan Tabuk, Rasulullah (s.a.w) sekali lagi berpesan kepada tenteranya: InsyaAllah pada esok hari kamu akan sampai di mata air Tabuk, kamu akan sampai hanya pada awal pagi hari selepas subuh, sesiapa yang sampai disitu sekali-kali jangan menyentuh airnya kecuali setelah Aku sampai ke situ. Kata Muaz: Apabila kami sampai di mata air itu, rupanya sudah ada dua orang telah mendahului ke tempat berkenaan. Jeram airnya sedang mengalir, sedikit airnya, Rasulullah pun bertanya: Apakah kamu berdua sudah menyentuh sesuatu dari airnya? Jawab mereka berdua: Ya, justeru itu Rasulullah (s.a.w) pun menegur telatah mereka yang melanggar perintah Rasulullah itu, kemudian Baginda meraub air dari kolam mata air sedikit demi sedikit, akhirnya air pun terkumpullah di kolam itu lebih banyak lagi, dan darinya Rasulullah (s.a.w) membasuh muka dan kedua-dua tangan yang mulia itu. Baginda melakukan cara ini beberapa kali, dengan itu mata air itu pun menerbitkan air yang banyak, justeru orang ramai pun mengambil air darinya. Semasa itu Rasulullah pun berkata: Wahai Muaz sekiranya kau dipanjangkan usia, akan kau saksikan di kawasan ini akan penuh dengan kebun-kebun.

Semasa di dalam perjalanan ke Tabuk atau semasa berada di Tabuk, berdasarkan pada setengah riwayat, Rasulullah telah berkata: Di malam ini angin bertiup kencang, jangan siapa pun dari kamu bangun dari tempatnya, dan sesiapa yang ada unta hendaklah beliau menambatnya dengan ikal. Memang di malam tersebut sejenis angin telah bertiup dengan kencang, namun demikian salah seorang di antara mereka yang ramai, telah bangun dari tempatnya. Dengan kehendak Allah beliau telah ditiup dan dibawa oleh angin hingga tercampak ke bukit qabilah Tay’i.

Sudan menjadi kebiasaan Rasulullah (s.a.w) di mana Baginda semasa di dalam perjalana, menunaikan solat secara jama’ takdim dan ta’khir pada sembahyang Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’.

TENTERA ISLAM SEMASA DI TABUK

Sebaik sahaja tentera Islam sampai di Tabuk, terus mereka berkhemah di situ, dengan keadaan siap siaga untuk berhadapan dengan musuh. Di awal-awal lagi Rasulullah (s.a.w) telah bangun membuat satu ucapan sulungnya di situ, satu ucapan yang amat bernilai, lengkap dan padat (jawami’ul kalim). Baginda menggesa untuk kebaikan dunia dan akhirat, memberi nasihat dan peringatan, sekaligus menyemarakkan jiwa ketahanan di kalangan tentera Islam, kesemuanya dapat mengganti kekurangan makanan dan bekalan yang sememangnya dialami selama ini oleh tentera Islam.

Adapun Rom dan sekutunya bila mendapat tahu mengenai kemaraan tentera Islam, terasa takut untuk bertembung dengan tentera Islam. Oleh yang demikian mereka terpaksa mengelak dan berpecah kepada kelompok-kelompok di sepanjang perbatasan, hal ini memberi satu imej yang baik terhadap populariti kemiliterian Islam, di seluruh semenanjung tanah Arab. Hal ini juga menambah tokok nilai politik yang besar yang tidak mungkin tentera Islam memperolehi seandainya berlaku perlanggaran di antara dua kem itu.

Semasa di Tabuk pemerintah Ailah Yuhanna (John) telah datang menemui Rasulullah, tujrannya untuk berdamai dengan Baginda. Rasulullah (s.a.w) pu’n menerima permintaannya itu. Sebagai tanda, biliau terus membayar jizyah, sama halnya dengan penduduk Jirba’ dan Azruh, membawa jizyah kepada Baginda. Selaras dengan perjanjian perdamaian itu Rasulullah (s.a.w) mendokumenkan kepada mereka risalah-risalah dan watiqah. Kepada penguasa Ailah Rasulullah (s.a.w) menulis:

Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani, ini adalah kesejahteraan dari Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah untuk Yuhanna bin Raubah dan seluruh penduduk Ailah, di mana kapal-kapal dan kenderaan-kenderaan mereka di daratan dan di lautan, adalah menjadi tanggungjawab Allah dan Nabi Muhammad, dan orang-orang yang bersama mereka dari penduduk al-Syam dan penduduk Lautan. Sesiapa yang melanggar perjanjian ini, maka sesungguhnya harta yang banyak pun tidak dapat menyelamatkan dirinya dari tindakan yang wajar, tetapi dianggap baik sekiranya sesuatu diambil dari orang lain dengan kerelaan mereka. Sesungguhnya tidak harus mereka dihalang untuk mengambil air dari sumber yang pernah gunakan dahulu dan tidak harus mereka dihalang untuk melalui jalan-jalan yang mereka pernah gunakannya sebelum ini, samada jalan laut atau jalan darat.

Semasa di Sana Rasulullah (s.a.w) juga telah menghantar Khalid bin al-Walid mengepalai satu angkatan tentera seramai empat ratus dua puluh (420) orang tentera berkuda, untuk menghadapi penguasa Dawmah al-Jandal yang dikenali sebagai “Akidar”. Sebelum bertolak Rasulullah (s.a.w) menyatakan kepada Khalid: “Semasa di sana kau akan mendapati Akidar sedang memburu lembu liar”. Apabila Khalid sampai ke Dawmah al-Jandal, kelihatan kotanya tidak jauh dari situ, tiba-tiba seekor lembu liar muncul di hadapan pintu kota menggesel-gesel tanduknya ke pintu kota. Apa lagi Akidar pun keluar untuk memanah lembu berkenaan sedang di masa itu bulan baru mengambang di ufuk langit. Secepat kilat khalid pun mendapatkan Akidar bersama kudanya dan terus di bawanya ke hadapan Rasulullah. Semasa di hadapan Rasulullah,

Baginda menjamin keselamatannya dengan membuat perdamaian dengan beliau sebagai penguasa Dawmah Jandal. dengan pembayaran jizyah. Baginda menerima pakai perjanjian Akidar ini bersama Yuhanna berhubung dengan permasalahan Dawmah al-Jandal, Tabuk, Allah dan Taima’.

Oleh itu semua qabilah yang dahulunya bertugas untuk kepentingan Rom, kini mendapati masanya sudah berlalu dan tidak ada faedahnya untuk bergantung dengan tuan lamanya. Justeru itu mereka mengalih dan mengubah sikap dengan memberi wala’ dan kepatuhan kepada pemerintahan Islam. Beginilah caranya di mana sempadan dan daerah pemerintahan Islam semakin bertambah lebar hingga perbatasan Islam terus bertemu secara langsung dengan kerajaan Rom. Hal ini diperhati oleh talibarut Rom sebagai berakhirnya kerja-kerja mereka.

KEMBALI KE MADINAH

Dengan penuh kejayaan dan pertolongan Allah, tentera Islam bergerak pulang ke Madinah tanpa mengalami sebarang tentangan musuh. Demikianlah kehendak Allah untuk kaum mukmin, semasa di dalam perjalanan pulang, sekumpulan orang munafiqin seramai dua belas orang telah cuba membunuh Rasulullah (s.a.w) iaitu semasa Baginda sedang melalui satu segenting. Di masa itu Ammar sedang menuntun tali unta Rasulullah dan Huzaifah bin al-Yaman menghalau dari belakang sedang orang ramai melalui dataran lembah di kawasan berkenaan. Kumpulan munafiqin tadi mengambil kesempatan semasa Rasulullah (s.a.w) bersama-sama dua orang sahabatnya bergerak di situ. Tiba-tiba mereka bertiga terdengar sejenis bunyi menuju arah mereka, akhirnya dua belas orang munafiqin tadi telah melingkungi mereka bertiga dengan keadaan bertopeng, menutupi muka mereka. Rasulullah memerintah Hu:;aifah bertindak, beliau pun terus melibas muka mereka dengan perisai yang di pegangnya, menyebabkan mereka ketakutan dan lari menyelamatkan diri serta masuk semula ke dalam tentera Islam. Huzaifah pun menceritakan kepada Rasulullah nama-nama mereka yang diburunya-lerta r.iat buruk mereka, oleh itu maka al-Huzaifah dikenali sebagai penyimpan rahsia Rasulullah. Mengenai peristiwa ini Allah menyebut dengan firmannya;

“Dan mereka bercita-cita dengan sesuatu yang tak dapat mereka capai (iaitu membunuh Rasulullah)”.

(al-Taubah: 9)

Apabila ternampak sahaja tanda-tanda (maalim) al-Madinah dari jauh Rasulullah (s.a.w) pun berkata: “Itu dia Tabah, dan yang itu bukit Uhud, bukit yang yang kita sayanginya dan ia menyayangi kita”. Bila mana orang ramai yang berada di Madinah mendengar kepulangan Rasulullah, seluruh wanita dan anak-anak kecil malah perempuan yang baru bersalin turut serta membawa anak-anak mereka menyambut kepulangan tentera Islam penuh gembira dan ceria, sambil mensyahdukan nasyid Islami:

Bulan purnama menyinari kita Dari Thaniyat al-Wida’ menyua Wajib bersyukur ke atas kita Selagi Baginda berseru kepada Allah

Keberangkatan keluar Rasulullah bulan Rejab dan kembali darinya pada bulan ramadhan yang memakan masa selama lima puluh hari,dua puluh hari Baginda tinggal di Tabuk, selebihnya adalah masa perjalanan pergi dan pulang. Tabuk merupakan peperangan terakhir yang Baginda turut serta.

AL-MUKHALLAFUN (Golongan Yang Tidak Turut Serta)

Peperangan ini menghadapi satu suasana yang istimewa yang merupakan ujian yang pahit dari Allah (s.w.t) hingga dengannya tertonjol perbezaan yang ketara di antara golongan mukminun dan yang lain. Sama seperti sunnah-sunnah Allah di beberapa tempat yang seumpamanya seperti firmanNya:

“Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mu ‘min dan munafik, bahkan la tetap menguji kamu) sehingga la memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik {beriman).

(ali-Imran: 179)

Kesemua orang Islam yang benar-benar mengakui dirinya sebagai individu mukmin yang sejati, telah segera keluar menyertai saf tentera Islam, malah orang yang menarik diri telah dianggap sebagai tanda nifaq dan taqiyah. Sesiapa yang menarik diri kemudian dilaporkan kepada Rasulullah maka Baginda berkata: Biarkan dia, sekiranya pada Beliau itu masih terdapat kebaikan insyaAllah beliau akan menyertai kita nanti, dan sekiranya tidak, maka Allah telah menjauhkan mereka dari kita, tidak akan menarik diri kecuali orang yang berkeuzuran, atau orang yang mendustai Allah dan RasulNya, mereka itu dari golongan munafiqin, mereka itu telah menarik diri setelah memberi alasan palsu untuk membolehkan mereka tidak turut serta, atau pun mereka itu ialah golongan yang menarik diri tanpa membuat sebarang permintaan pun”. Memang terdapat tiga orang mukmin yang sejati telah menarik diri tanpa sebarang alasan, justeru itu mereka bertiga ini telah diuji oleh Allah dengan seberat-berat ujian, kemudian Allah mengampuni kesalahan mereka.

Sekembali Rasulullah ke Madinah, Baginda terus memasuki masjid, Baginda berssmbahyang dua rakaat, setelah itu Baginda duduk menghadapi orang ramai. Adapun golongan al-Munafiqin seramai lapan puluh (80) orang lebih, telah datang menemui Rasulullah (s.a.w). Baginda pun menerima pengakuan .zahir mereka itu, menerima bai’ah mereka, memaafkan mereka dan seterusnya Baginda menyerah urusan hati dalaman mereka kepada Allah.

Manakala tiga orang mukmin yang sejati yang tidak menyertai peperangan, iaitu Ka’ab bin Malik, Mararah bin al-Rabi’ dan Hilal bin Umaiyah bertegas menyatakan hakikat yang sebenarnya. Kepada mereka bertiga, Rasulullah telah memerintah sekalian para sahabat supaya tidak menegur sapa . dengan mereka, maka berlakulah satu pemboikotan yang hebat terhadap tiga orang sahabat ini. Sekalian kaum muslimin menunjuk perubahan sikap yang mendadak, terasa bagi mereka bagaikan bumi ini menolak kehadiran mereka, bumi yang luas ini terasa sempit, nafas mereka pun terasa sesak, suasana memuncak lagi setelah berlalunya empat puluh hari. Mereka diperintah supaya mengasing diri dari isteri-isteri mereka, hingga apabila gen’ Allah pun menurunkan firmanNya:

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubat. Hingga apabila bumi menjadi sempit bagi mereka, pada hal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit pula terasa oleh mereka. Dan mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari siksaan Allah, melainkan kepadaNya sahaja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya, sesungguhnya Allahlah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.

(al-Taubah: 118)

Dengan itu maka seluruh kaum muslimin bergembira dan yang paling bergembira ialah tiga orang yang dihukumkan oleh Allah dan RasulNya itu, kegembiraan yang tidak terperi, masing-masing mengucap tahniah dan mengucap selamat berbahagia, masing-masing memberi hadiah dan bersedekah, hari itu adalah saat yang paling berbahagia di dalam hayat mereka.Adapun golongan yang berkeuzuran yang terpaksa .duduk di Madinah telah disebut oleh Allah di dalam firmanNya:

“Tiada do’so. ke atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan atas orang yang tidak memperolehi sesuatu yang akan mereka belanjakan, apabila mereka. berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya “.

(al-Taubah: 91)

Kepada mereka ini Rasulullah menyifatkan mereka sebagai berkata: “Sesungguhnya terdapat di Madinah sebilangan lelaki yang tetap bersarrta kamu di mana-mana perjalanan dan di mana-mana lembah yang kamu rentasi, mereka di penjara oleh keuzuran namun mereka tetap dianggap bersama-sama kamu” Tanya para sahabat: “Wahai Rasulullah, apakah mereka yang dimaksudkan sedang berada di Madinah?”. Jawab Baginda: “Ya mereka berada di Madinah”.

IMPLIKASI PEPERANGAN

Peperangan ini memberi kesan yang mendalam ke atas pengaruh dan kekuatan umat Islam dan implikasinya terhadap seluruh Semenanjung Tanah Arab secara am. Hingga kini semua orang mendapati bahawa tiada kuasa yang boleh meneruskan hidup selain dari Islam, kini saki baki cita-cita dan angan-angan yang bergolak dalam dada kaum Jahaliah dan munafiqin sudah hancur samasekali, kerana sebelum ini mereka sememangnya menunggu-nunggu kesempatan untuk membuat pukulan mengejut, terutamanya kaum Rom yang mereka rasakan sebagai kekuatan yang boleh mereka bergantung dan menambat harapan peperangan Tabuk, seluruh kaum musyrik kehabisan tempat pergantungan, mereka terpa.. hakikat dan realiti ini.

Sebagai tindakan susulan kaum muslimin terhadai-kaum munafiqin, bermula di hari ini, di mana mereka tidak lagi dimuamalahkan (membuat kira bicara) dengan mereka secara berlembut dan licin, sebaliknya Allah menyuruh bertindak tegas terhadap mereka, melarang kaum muslimin menerima sedekah-sedekah mereka, melarang bersembahyang ke atas mayat mereka, menegah beristighfar untuk mereka, melarang untuk berdiri di atas kubur mereka dan memerintah supaya dirobohkan markas perancangan komplot jahat mereka yang telah mereka dirikan atas nama masjid. Allah telah menurunkan ayat-ayat al-Quran yang mendedahkan hakikat mereka, menbongkar konspirasi-konspirasi mereka dan tiada rahsia lagi mengenai pergerakan mereka, seolah-olah ayat al-Quran menuding ke arah nama-nama mereka yang tinggal di Madinah.

Boleh dikenalpasti betapa jauhnya kesan peperangan ini ke atas bangsa Arab, di mana perwakilan-perwakilan dan perutusan-perutusan datang menemui Rasulullah jauh lebih banyak dari masa-masa sebelumnya, meskipun perwakilan ini sudah pun berlaku sebelum ini, tetapi tidaklah sehebat pasca peperangan Tabuk.

AYAT-AYAT AL-QURAN MENGENAI PEPERANGAN TABUK

Ayat-ayat al-Quran turun bertalu-talu dalam surah al-Baraah mengenai peperangan ini, ada ayat turun sebelum keluar, ada ayat selepas keluar, yakni semasa di dalam perjalanan dan sebahagian yang lain pula selepas pulang ke Madinah. Ada ayat-ayat membicara mengenai suasana peperangan, mendedahkan kejahatan kaum munafiqin, kelebihan golongan yang berjihad dan ikhlas, penerimaan taubah terhadap mereka yang beriman dan tulus, mengenai mereka yang menyertai peperangan dan yang menarik diri dan seterusnya berbagai-bagai sudut lagi diperkatakan di dalam ayat-ayat dari surah al-Baraah itu.

BEBERAPA PERISTIWA PENTING Dt DALAM TAHUN BERKENAAN

Di dalam tahun berkenaan berlaku beberapa peristiwa yang mempunyai signifikan di dalam sejarah, iaitu:

1. Selepas kepulangan Rasulullah dari Tabuk berlaku sumpah menyumpah di antara Uwaimir al-Ijlani dan isterinya.

2. Wanita al-Ghamidiyah telah dihukum rejam setelah beliau menemui Rasulullah dengan pengakuan bersalah ke atas dirinya sendiri. Direjam selepas tamat tempoh penyusuan anak kandungnya.

3. Kewafatan Raja al-Najasyi Ashamah dan Baginda solat ghaib ke atas jenazahnya.

4. Kewafatan Ummi Kalthum, puteri Rasulullah dan Baginda berdukacita yang amat s,mgat, hingga Baginda bersabda kepada Uthman Bin AlTan: “Seandainya aku mempunyai puteri yang ketiga nescaya, ku kahwinkan kepada engkau wahai Uthman”.

5. Kematian kepala golongan munafiqin, Abdullah bin Ubai sekembalinya Baginda dari Tabuk. Rasulullah beristighfar kepada Allah dan Baginda bersolat ke atas mayatnya, tetapi Umar menghalang Rasulullah berbuat demikian, akhirnya turun ayat al-Quran menyetujui tindakan Umar.

artikel ini diambil dari Dakwah.info

Advertisements

~ oleh sanzzanki di Ogos 31, 2008.

 
%d bloggers like this: