Abang ku sayang

Assalamualaikumwarahmatullah Akhi Ihsan,apekhabar anta di KTD?

Tengah exam ke? Ana doakan anta dipermudahkan oleh Allah SWT dalam menghadapi exam ini.Good Luck,insyaallah.

Nie ada artikel yang amat-amat bernilai,insyaallah ingin ana kongsi dengan sahabat ana nie.

KITA GENERASI PEWARIS

Allah swt sudah pun menentukan jodoh masing-masing dengan ketentuan yang terbaik.Dengan siapa dan bila waktunya.Semuanya adalah dalam ketentuan Allah swt sejak azali lagi.Kita hanya berusaha sebaik mungkin dan berdoa kepada-Nya.Orang yang beriman dianjurkan agar berkahwin demi menjaga kehormatannya dan akan diberikan ganjaran pahala yang amat besar.Matlamat perkahwinan bukan setakat itu sahaja,bahkan ia sebenarnya merupakan pembinaan kepada sebuah rumahtangga muslim yang akan membentuk sebuah keluarga muslim yang sebenar.Keluarga yang mempunyai sifat inilah yang akan membentuk generasi anak-anak yang bersyakhsiah muslim pula.Seterusnya keluarga-keluarga yang mempunyai sifat inilah yang akan membentuk masyarakat muslim yang sebenar seterusnya daulah.Jadi matlamat ini tidak akan terlaksana melainkan perlu melalui marhalahnya yang pertama.

Marhalah yang pertama ialah persediaan peribadi seseorang muslim itu sendiri 1)dari segi fikrah Islamiyahnya yang sahih(10 ciri-ciri individu muslim yang digariskan oleh Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna r.a.) 2)kemampuannya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa yang murabbi .

Marhalah yang kedua ialah pemilihan bakal zaujahnya.Pemilihan bakal zaujahnya juga adalah mengikut persediaan yang sama 1)fikrah Islamiyahnya yang sahih 2)kemampuannya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang murabbi.Apabila kedua-dua belah pihak selari dari segi persediaan tadi barulah akan terlaksana matlamat yang amat besar tadi.

Sebenarnya kita bukanlah sempurna untuk selari sepertimana di atas.Tetapi kita bermula dari sekarang mestilah mengikut proses dan jalan sepertimana proses dan jalan yang dilalui oleh Generasi yang terdahulu para sahabat yang mendapat didikan tarbiyyah daripada Rasulullah saw.Proses tarbiyyah mestilah berjalan dari sekarang.Walaupun hasil yang lahir tidak persis sama dengan generasi awal tersebut tetapi ia hampir-hampir sama,insyaallah.Ana mengajak diri ana yang banyak kelemahan ini dan sahabat-sahabat agar terus istiqamah di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.Kita ambil qudwah dan contoh daripada sahabat-sahabat yang sudah lama mengikuti jalan ini.Pak cik-pakcik dan makcik-makcik kita bagaimana mereka lalui zaman mereka dahulu.Pengalaman-pengalaman sahabat-sahabat kita ini amat-amat bermanfaat dan menjadi panduan dalam hidup kita dan ia tidak mampu kita perolehi daripada orang yang lain.

Walaupun zaman kita kini tidaklah sama dengan zaman mereka,tetapi qudwah daripada mereka amat-amat perlu bagi kita, sebab kita merupakan Generasi Pewaris yang sedang mewarisi kerja-kerja mereka yang amat besar ini, “Kerja Dakwah Dan Tarbiyyah”.

STUDY SMART AND STUDY HARD GOOD LUCK,INSYAALLAH

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

masya Allah.ana selalu dapat hidayah Allah dari artikel seperti ini…terima kasih kepa hamba Allah yang dicintai dan dkasihi kerana Allah…

Advertisements

~ oleh sanzzanki di Oktober 29, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: